Tuesday, May 1, 2012

Jimat Minyak, Enjin Power Laju?

Ramai orang sering merungut masalah tak cukup wang, gaji rendah, pendapatan kurang dan sebagainya. Bila keadaan ini berlaku maka macam-macam masalah lain pula yang timbul. Salah satu di antaranya adalah masalah harga minyak petrol/diesel yang sering naik setiap tahun. Bila berlaku kenaikan harga minyak maka harga barang-barang keperluan yang lain pun naik juga. 

Isu ini juga tidak lari dari isu politik negara kita. Semua golongan sama ada penyokong kerajaan, pembangkang dan yang berkecuali turut membincangkannya. Sebagai pengguna kenderaan bermotor, kita tidak boleh lari dari menggunakan bahan api seperti petrol dan diesel. Apakah kita perlu berdiam diri sahaja? Ada juga yang berpendapat kita perlu tukar kerajaan supaya keperitan hidup rakyat dapat diselesaikan apabila Pakatan Rakyat memerintah. Oleh sebab itu, baru-baru ini ramai juga di antara rakyat negara ini turut serta dalam program Duduk Bantah anjuran BERSIH 3.0 untuk menuntut kerajaan yang sedia ada melakukan perubahan demi rakyat. Malangnya, perhimpunan yang dijanjikan sebagai aman ini telah bertukar menjadi medan pertempuran antara pihak polis dan orang awam. Ianya sungguh mendukacitakan. :(

Hmmmm.... Marilah kita lupakan seketika cerita hangat dan sensasi yang telah berlaku tersebut. Mari kita cari jalan penyelesaian atau sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kewangan yang dihadapi. Jika anda telah menonton video yang dipaparkan di atas, pasti anda sudah tahu apa yang ingin disampaikan di dalam post ini. Ya! Saya ingin memperkenalkan kepada anda, satu alat elektronik yang kelihatan ringkas dan kecil tetapi sangat besar manfaatnya dalam meringankan beban kewangan anda. Alat elektronik penjimat minyak ini sangat berkesan dalam menjimatkan penggunaan bahan api kenderaan anda sama ada petrol atau diesel. Anda hanya perlu cucukkannya ke dalam soket pembakar rokok di dalam kereta anda dan ianya terus berfungsi menjimatkan penggunaan minyak/diesel kenderaan anda. Bukan setakat itu sahaja, ianya juga menjadikan sistem pembakaran pada enjin anda menjadi lebih sempurna. Hasilnya, enjin kenderaan anda menjadi lebih senyap dari sebelumnya. Malah ianya juga meningkatkan prestasi kenderaan anda menjadi lebih 'pick-up' dan lancar. 'Torque' dan kuasa kuda juga meningkat sebanyak 12%. Selain itu lampu kenderaan anda juga menjadi lebih terang. Penukaran dari gear 1 ke gear 2 dan seterusnya adalah lancar tanpa “jerking” walaupun pada masa itu alat pendingin hawa kenderaan sedang digunakan. Asap hitam dari kenderaan juga dapat dikurangkan. Ini menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar.   

Alat elektronik yang saya maksudkan ini diberi nama Phitip VS Pro+ dan ianya masih baru di pasaran negara kita Malaysia. Ianya kecil dan kompak serta mudah digunakan. AMAT Sesuai untuk semua jenis kenderaan petrol & diesel yang berenjin baru atau lama. Apa yang lebih penting ialah Penjimatan petrol/diesel sebanyak 25% (bahkan lebih dari itu) apabila menggunakannya. Ramai yang telah berpuas hati hasil penggunaannya. Jimat minyak, enjin kenderaan jadi 'power 'dan laju. :)

Tak cuba tak tahu. Dah cuba gerenti puas hati, insya Allah. Sila dapatkan Phitip VS Pro+ di www.phitip.com untuk penjimatan minyak dan wang anda. :)

Sunday, September 11, 2011

Video Sebelum & Selepas Guna Phitip VS Pro+

Tontonlah video di bawah untuk melihat perbezaan prestasi kenderaan SEBELUM dan SELEPAS penggunaan Phitip VS Pro+ :


1. VIDEO SEBELUM GUNA Phitip Vs Pro+



2. VIDEO SELEPAS GUNA Phitip VS Pro+



Dapatkan Phitip VS Pro+ hari ini untuk PENJIMATAN WANG anda. Anda juga menjadi PENYOKONG kepada PENJAGAAN ALAM SEKITAR melalui penggunaan Phitip VS Pro+.

Phitip VS Pro+ - Menyerlahkan Prestasi Sebenar Kenderaan Anda.

Saturday, January 29, 2011

Getzzone sedia terima ahli baru


Sumber : Berita Harian, Jumaat 28 Januari 2011


Menjelang Jun tahun ini, kelab Getzzone bakal menyambut ulang tahun kekempat. Getzzone adalah sebuah kelab pemilik kenderaan Hyundai Getz yang beroperasi melalui laman web rasminya, www.getzzone.com/v2.

Laman web ini mempunyai 400 ahli berdaftar dan bergerak aktif. Melalui laman web ini, mereka boleh berkomunikasi, berkongsi pengetahuan dan membincangkan isu-isu berkaitan kenderaan secara terbuka.

Namun bagi mengenali antara satu sama lain, beberapa perjumpaan dan konvaoi diadakan dengan mengetengahkan konsep kekeluargaan dan persahabatan.

Selari dengan temanya iaitu 'Jom Konvoiu', kelab ini tidak pernah jemu mengadakan aktiviti sepanjang tahun termasuk mengunjungi rumah terbuka, perjumpaan dengan kelab Getz Singapura, melawat rumah kebajikan, bersukan serta pelbagai aktiviti sosial lain.

Selain Getz, kelab ini turut mengadakan pertemuan dengan kelab pemilik jenama Hyundai dan Inokom yang lain.

Terbaru, kelab ini menganjurkan 'Hari Keluarga Getzzone' di Cherating selama tiga hari dua malam. Hotel Suria Cherating Beach Resort bertindak selaku penaja utama bagi acara ini disertai beberapa syarikat persendirian seperti Stickerise, Cario Automart, AZ Conti Garage, Karangkraf, NS Cool Tint, Phitip VS Pro+ (dulunya dikenali sebagai HMIbOOster) dan Tazbay Studio.

Pelbagai aktiviti telah dirancang sebagai pengisian untuk tahun ini dan penyertaan ahli baru sentiasa dialu-alukan bagi menyertaai komuniti ini.

Kelab Getzzone boleh dihubungi melalui laman web yang telah disebutkan atau menghubungi presiden komuniti, Shazni di talian 012-3471719 dan pentadbir komuniti, Nazir di talian 012-6639401.

Wednesday, December 8, 2010

Kelebihan dan Cara Guna Phitip VS Pro+

1. Kecil dan kompak serta mudah digunakan.

2. Tidak perlukan sebarang “wiring system” - hanya cucuk ke dalam soket pembakar rokok kereta.

3. Jaminan produk selama setahun.

4. Menjimatkan penggunaaan bahan api kenderaan seperti petrol dan diesel.


5. Meningkatkan prestasi kenderaan – lebih “pick-up” dan lancar.
6. Meningkatkan "torque" dan kuasa kuda sehingga 12%
7. Bunyi enjin yang lebih senyap.


8. Sistem pembakaran pada enjin menjadi lebih sempurna.


9. Lampu kenderaan menjadi lebih terang.

10. Penukaran dari gear 1 ke gear 2 dan seterusnya adalah lancar tanpa “jerking” walaupun pada masa itu alat pendingin hawa kenderaan sedang digunakan.



11. Mengurangkan asap hitam.


12. Fius Phitip VS Pro+ boleh ditukar dengan mudah jika fiusnya terbakar.


13. Penjimatan petrol/diesel sebanyak 25% (bahkan lebih dari itu).


14. Produk yang mesra alam sekitar.

15. AMAT Sesuai untuk semua jenis kenderaan petrol & diesel yang berenjin baru atau lama.




Cara guna Phitip VS Pro+



- Cucuk Phitip VS Pro+ ke dalam soket pemetik api kereta anda.

- Phitip VS Pro+ boleh dipasang semasa kereta sedang berjalan atau sebelum enjin dihidupkan.

- Anda akan dapat rasakan perbezaan prestasi kereta anda dalam masa 2-3 saat selepas Phitip VS Pro+ digunakan.

Tuesday, December 7, 2010

Bagaimana Phitip VS Pro+ berfungsi?

Lazimnya kebanyakan bateri kereta adalah 12V dan dicas oleh altenator pada 14.4V. Ini bermakna, sebelum enjin kereta dihidupkan nilai bacaan voltannya adalah 12V. Apabila enjin dihidupkan altenator juga akan mula bekerja. Jadi, keseluruhan kereta akan berada pada 14.4V.

Kebanyakan komponen di dalam kereta direka untuk bekerja pada 13.5V hingga 14.4V untuk keputusan yang optima. Contoh yang terbaik ialah amplifier audio kereta. Hampir semua spesifikasinya dinilaikan pada nilai input 14.4V dan XXX nilai ouput watt. Ini bermakna, jika voltan jatuh di bawah nilai 14.4V, nilai outputnya juga akan jatuh.

Bahagian yang paling penting di dalam kereta moden ialah sistem ECU. ECU bermaksud Electronic Control Unit. Ia mengawal hampir keseluruhan komponen di dalam enjin seperti nisbah udara/bahanapi, masa penalaan, suhu dan lain-lain. Secara dasarnya, ia bekerja dari nilai 13.5V ke atas. Itulah sebabnya apabila setiap kali enjin kereta dihidupkan, rpm akan meningkat naik sedikit dan nilai voltan akan naik sehingga 13.5V (jika terdapat meter voltan). Kemudian ECU akan bekerja dengan membaca kadar dari sensor O2, suhu, tekanan, penalaan dan seterusnya.


Apakah yang akan terjadi apabila voltan jatuh di bawah 13.5V? Sebenarnya ECU akan berada dalam "sleep mode" untuk menghalang dari berlaku kerosakan litar. Ianya seperti "turn-off" sementara sehingga voltan stabil (13.5V) untuk ia bekerja semula. Jadi, setiap kali brek ditekan atau menyalakan lampu dan penghawa dingin, ECU akan berada pada tahap "sleep mode".

Situasi seperti ini akan menghalang penggunaan bahanapi yang baik dan pengalaman pemanduan yang lancar kerana semua sensor tidak mendapat maklumbalas dan kalibrasi yang optima dari unit ECU. Satu-satunya cara yang ada ialah dengan menambahkan bahanapi dan berharap altenator akan menghasilkan kuasa yang cukup untuk ECU naik semula. Pada saat itu penggunaan bahanapi akan meningkat.


Di sinilah Phitip VS Pro+ berperanan. Kita hanya perlu cucuk alat ini ke dalam soket pemetik api kereta dan ia akan menstabilkan voltan pada 13.5V untuk ECU berfungsi sepenuhnya sepanjang masa kereta digunakan. Dengan cara ini, semua sensor dan bacaan akan dikalibrasi dan dikira dengan betul melalui sistem ECU. Di sinilah nilai kadar nisbah udara/bahanapi dan masa penalaan yang sempurna diperolehi. Pengalaman pemanduan yang lancar juga akan diperolehi.

Phitip VS Pro+ boleh dipasang semasa kereta sedang berjalan atau sebelum enjin dihidupkan. Ianya tidak menjadi masalah. Anda akan dapat rasakan perbezaan prestasi kereta anda dalam masa 2-3 saat selepas Phitip VS Pro+ digunakan.

Sesetengah kereta mungkin tidak menunjukkan peningkatan yang ketara dari segi pengalaman pemanduan tetapi ia akan memperbaiki penggunaan bahanapi. Ini disebabkan oleh voltan yang lebih tinggi yang dilalui oleh ECU di mana ianya lebih tinggi dari 14.4V dan cukup untuk membuat ECU bekerja tetapi voltan yang terlalu tinggi akan merosakkan pengiraan dan kalibrasi. Jadi, Phitip VS Pro+ akan mengekalkan nilai voltan pada 13.5V yang akan menghasilkan semua bacaan yang optima. Itulah sebabnya sesetengah kereta akan hanya menunjukkan penggunaan bahanapi yang lebih baik dan hanya memperbaiki sedikit pengendalian kuasa.

Setelah anda ketahui semua ini, adalah lebih baik anda cucuk Phitip VS Pro+ ini di kereta anda dan biarkan kereta anda sendiri yang menunjukkan kehebatannya kepada anda.




Monday, December 6, 2010

Phitip VS Pro+








Apa itu Phitip VS Pro+?

Phitip VS Pro+ ialah sejenis alat elektronik penstabil voltan kenderaan yang terkini. Ia hanya perlu dicucuk ke dalam alat pembakar rokok di kereta anda. Semudah itu sahaja dan anda sudah boleh mengalami pengalaman pemanduan kenderaan yang selesa dan menakjubkan!

Produk ini adalah berasaskan teknologi terkini dari Jepun yang sungguh menakjubkan. Ianya adalah merupakan generasi terkini berbanding produk-produk penstabil voltan lain yang terdapat di pasaran. Anda sendiri boleh membuktikannya. Sekiranya anda pernah menggunakan mana-mana produk lain yang terdapat di pasaran, anda akan dapati produk Phitip VS Pro+ ini adalah lebih baik prestasinya berbanding produk-produk lain itu. Ini adalah fakta yang benar setakat maklumat ini ditulis.

Penggunaan alat Phitip VS Pro+ ini adalah merupakan salah satu jalan penyelesaian terbaik kepada masalah kenaikan harga minyak pada masa ini. Mulai hari ini, anda TIDAK PERLU RISAU lagi apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak kerana anda sudah memiliki alat yang hebat yang mampu menjimatkan penggunaan petrol / diesel kenderaan anda. Bukan setakat itu sahaja, malah PRESTASI kenderaan anda menjadi LEBIH BAIK dan ENJIN LEBIH SENYAP.

Dapatkan Phitip VS Pro+ hari ini untuk PENJIMATAN WANG anda. Anda juga menjadi PENYOKONG kepada PENJAGAAN ALAM SEKITAR melalui penggunaan Phitip VS Pro+.

Phitip VS Pro+ - Menyerlahkan Prestasi Sebenar Kenderaan Anda.


About this blog

Blog ini memberikan maklumat dan panduan berkenaan produk Phitip VS Pro+. Ia menjadi satu platform yang berguna untuk mereka yang ingin mengetahui secara lebih detail mengenai produk Phitip VS Pro+.