Saturday, January 29, 2011

Getzzone sedia terima ahli baru


Sumber : Berita Harian, Jumaat 28 Januari 2011


Menjelang Jun tahun ini, kelab Getzzone bakal menyambut ulang tahun kekempat. Getzzone adalah sebuah kelab pemilik kenderaan Hyundai Getz yang beroperasi melalui laman web rasminya, www.getzzone.com/v2.

Laman web ini mempunyai 400 ahli berdaftar dan bergerak aktif. Melalui laman web ini, mereka boleh berkomunikasi, berkongsi pengetahuan dan membincangkan isu-isu berkaitan kenderaan secara terbuka.

Namun bagi mengenali antara satu sama lain, beberapa perjumpaan dan konvaoi diadakan dengan mengetengahkan konsep kekeluargaan dan persahabatan.

Selari dengan temanya iaitu 'Jom Konvoiu', kelab ini tidak pernah jemu mengadakan aktiviti sepanjang tahun termasuk mengunjungi rumah terbuka, perjumpaan dengan kelab Getz Singapura, melawat rumah kebajikan, bersukan serta pelbagai aktiviti sosial lain.

Selain Getz, kelab ini turut mengadakan pertemuan dengan kelab pemilik jenama Hyundai dan Inokom yang lain.

Terbaru, kelab ini menganjurkan 'Hari Keluarga Getzzone' di Cherating selama tiga hari dua malam. Hotel Suria Cherating Beach Resort bertindak selaku penaja utama bagi acara ini disertai beberapa syarikat persendirian seperti Stickerise, Cario Automart, AZ Conti Garage, Karangkraf, NS Cool Tint, Phitip VS Pro+ (dulunya dikenali sebagai HMIbOOster) dan Tazbay Studio.

Pelbagai aktiviti telah dirancang sebagai pengisian untuk tahun ini dan penyertaan ahli baru sentiasa dialu-alukan bagi menyertaai komuniti ini.

Kelab Getzzone boleh dihubungi melalui laman web yang telah disebutkan atau menghubungi presiden komuniti, Shazni di talian 012-3471719 dan pentadbir komuniti, Nazir di talian 012-6639401.

No comments:

Post a Comment

About this blog

Blog ini memberikan maklumat dan panduan berkenaan produk Phitip VS Pro+. Ia menjadi satu platform yang berguna untuk mereka yang ingin mengetahui secara lebih detail mengenai produk Phitip VS Pro+.